BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang kelmarin berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada 26 orang ketua perwakilan asing yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Eritrea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alem Tsehaye Woldemariam; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ireland ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sarah Ann McGrath; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Zimbabwe ke Negara Brunei Darussalam, PYT Constance Chemwayi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Belgium ke Negara Brunei Darussalam, TYT Peter Van Acker; Pesuruhjaya Tinggi Republik Uganda ke Negara Brunei Darussalam, PTYT Betty Oyella Bigombe; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Chad ke Negara Brunei Darussalam, TYT Hassan Saleh Algadam Aldjinedi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Itali ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dante Brandi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sudan ke Negara Brunei Darussalam, TYT Hassan Abdelsalam Omar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Slovak ke Negara Brunei Darussalam, TYT Tomas Ferko; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Chile ke Negara Brunei Darussalam, TYT Jaime Munoz Sandoval; Pesuruhjaya Tinggi Republik Zambia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Morecome Mumba; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesatuan Eropah ke Negara Brunei Darussalam, TYT Denis Chaibi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriah Arab Bersatu ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Sweden ke Negara Brunei Darussalam, TYT Anders Sjoberg; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Portugal ke Negara Brunei Darussalam, TYT Miguel de Mascarenhas de Calheiros Velozo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Mali ke Negara Brunei Darussalam, TYT Brigadier Jeneral Félix Diallo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Denmark ke Negara Brunei Darussalam, TYT Jakob Brix Tange; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Bosnia dan Herzegovina ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dr Edin Jahic; Pesuruhjaya Tinggi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka ke Negara Brunei Darussalam, TYT Delgahadeniya Dissanayake Mudiyanselage Senarath Bandara Dissanayake; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Finland ke Negara Brunei Darussalam, PYT Anne Vasara; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bolivarian Venezuela ke Negara Brunei Darussalam, TYT Radames Jesus Gomez Azuaje; Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya ke Negara Brunei Darussalam, TYT Ekitela Ronald John Moru; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rwanda ke Negara Brunei Darussalam, TYT Uwihanganye Jean de Dieu; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Negara Brunei Darussalam, TYT Michael Wehi Mailetonga Walsh; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Costa Rica ke Negara Brunei Darussalam, TYT Victor Hugo Rohas González; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Guinea ke Negara Brunei Darussalam, PYT Koumba Diop.
Kebawah Duli Yang Maha kemudian berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam yang baru menyampaikan surat-surat tauliah pelantikan berkenaan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Paduka Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd Taib; dan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali selaku Pemangku Grand Chamberlain.