Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada seramai 17 orang ketua perwakilan negara asing yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Ketua-ketua perwakilan negara asing tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Fiji, Tuan Yang Terutama Isikeli Uluinairai Mataitoga; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Greece, Puan Yang Terutama Constantina Koliou; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Poland, TYT Krzysztof Debnicki; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Konfederasi Swiss, TYT Fabrice Maurice Ernest Filliez; Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, PYT Akua Sekyiwa Ahenkora; Pesuruhjaya Tinggi United Republic of Tanzania, TYT Dr Ramadhani Kitwana Dau; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Yemen, TYT Dr Abdulghani Nassr Ali Al-Shamiri; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Lebanon, TYT George Bitar Ghanem; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Colombia, TYT Mauricio Gonzalez Lopez; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Ireland, TYT Pat Bourne; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Spain, TYT Jose Miguel Corvinos Lafuente; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Sweden, TYT Niclas Kvarnstrom; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Slovak, TYT Jaroslav Chlebo; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Negara Brunei Darussalam,TYT Hunter James Nottage; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Hashemite Kingdom of Jordan,TYT Abdallah Suliman Abu Romman; Duta Besar Istimewa dan Mutlak State of Palestine, TYT Walid A M Abuali dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Bahrain, TYT Dr Mohamed Ghassan Mohamed Adnan Shaikho.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar istimewa dan mutlak negara asing yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam yang baharu menyampaikan surat-surat tauliah pelantikan berkenaan.
Juga hadir di majlis menga-dap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.





