Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan tunai solat Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, telah berkenan berangkat bersama umat Islam dan rakyat Baginda di negara ini bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Baginda dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal

    Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1445 hijrah.

    Turut menjunjung keberangkatan ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri telah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Manakala itu, khutbah Hari Raya Aidilfitri telah disampaikan oleh Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim.

    Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan di masjid-masjid utama, surau dan balai ibadat di seluruh negara bermula pukul 7:30 pagi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini telah berkenan berangkat bersama umat Islam dan rakyat Baginda di negara ini bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada pagi 1 Syawal. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Orang ramai yang hadir bagi sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda