Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan tunai solat Sunat Aidiladha, laksana ibadah korban

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat menyertai para jemaah bagi menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah dan melaksanakan ibadah korban sunat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1445H; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Solat Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Majlis diikuti dengan khutbah Hari Raya Aidiladha yang dibacakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin.

    Sejurus solat Sunat Hari Raya Aidiladha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melaksanakan ibadah korban sunat bagi Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja bagi tahun 1445H/2024M.

    Pada tahun ini, Majlis Ibadah Korban Sunat Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat Baginda sempena Hari Raya Aidiladha mengorbankan sebanyak 198 ekor haiwan korban iaitu 184 ekor sapi dan 14 ekor kambing dengan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 14,944 orang iaitu kepada asnaf fakir dan miskin berserta tanggungan di seluruh negara.

    Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat Baginda berkenan menyempurnakan penyembelihan empat ekor kambing.

    Manakala itu, penyembelihan haiwan-haiwan korban yang selebihnya disempurnakan Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd di Tapak Perusahaan Rumah Penyembelihan di Kawasan Pertanian Kampung Batang Mitus, Mukim Kiudang, Tutong dan Syarikat Mohammed Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak di Lot G, Projek Ladang Ternakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampung Mulaut.

    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan bersama-sama menunaikan solat Sunat Aidiladha. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyempurnakan penyembelihan salah seekor kambing korban. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan berkenan menyaksikan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota menyempurnakan penyembelihan salah seekor kambing korban. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menyaksikan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menyempurnakan penyembelihan kambing korban. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara jemaah yang hadir menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda