Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan tunai solat Sunat Aidiladha, laksana korban

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat menyertai para jemaah bagi menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah dan melaksanakan ibadah korban sunat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1444H.

    Juga hadir menjunjung keberangkatan Baginda Sultan ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Solat Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Awang Besar.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melaksanakan ibadah korban sunat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ketika berkenan menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing korban. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing korban.
    – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melaksanakan ibadah korban sunat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara jemaah yang hadir menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Majlis diikuti dengan khutbah Hari Raya Aidiladha yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sejurus sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melaksanakan ibadah korban sunat bagi Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja bagi tahun 1444H/2023M.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja di pekarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dijunjung oleh pengerusi-pengerusi bersama jawatankuasa tertinggi majlis iaitu YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta Kerabat Baginda sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1444 H/2023M.

    Turut menjunjung ialah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua selaku penasihat bersama; Yang Berhormat Menteri Kesihatan selaku penasihat bersama; Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku penasihat bersama; Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku pengerusi bersama; Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku pengerusi bersama; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku penasihat bersama.

    Pada tahun ini, sebanyak 198 ekor binatang korban iaitu 184 ekor sapi, dan 14 ekor kambing telah dikorbankan dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 17,248 orang asnaf fakir dan miskin berserta tanggungan di seluruh negara.

    Pada majlis itu, tiga ekor kambing disempurnakan penyembelihannya oleh Baginda Sultan dan kerabat Baginda.

    Manakala penyembelihan binatang-binatang korban Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat Baginda yang selebihnya disempurnakan di Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd dan Syarikat Mohammed Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda