Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ucap selamat berangkat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berkenan berangkat ke The Empire Brunei bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menadah tangan semasa Doa Selamat dibacakan sebelum berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.- GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Sebelum Baginda berdua berangkat dari The Empire Brunei ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz
    Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda