Berkenan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Ram Nath Kovind dan Perdana Menteri, Republik India, TYT Shri Narendra Modi dan kerajaan serta rakyat Republik India bersempena dengan Hari Republik India. Dalam titah perutusan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Gabernor-Jeneral Komanwel Australia, TYT Jeneral The Honourable John Hurley AC DSC (B) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Scott Morrison, MP dan kerajaan serta rakyat Australia bersempena dengan Hari Australia.