BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md Abdul Hamid dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina serta kerajaan dan rakyat Bangladesh bersempena Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh.