BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Emi-riyah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE, His Highness Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sempena dengan pelantikannya sebagai presiden UAE dan pemerintah Abu Dhabi, UAE yang baharu.