BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Raja Thailand, Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, sempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-71 tahun.