BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, berikutan ulang tahun ke-30 penubuhan hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Myanmar.