BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Puan Yang Terutama Samantha Joy Mostyn AO berikutan dengan pelantikannya sebagai Gabenor-Jeneral, Komanwel Australia yang ke-28, baru-baru ini.


