BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta kerabat diraja, kerajaan dan rakyat Kuwait sempena Hari Kebangsaan Kuwait ke-64 tahun.
