BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Mohammed Shahabuddin dan kerajaan serta rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh.
