BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Friedich Merz berikutan dengan pelantikannya sebagai Canselor Persekutuan, Republik Persekutuan Jerman.
