BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada, Tuan Yang Terutama Mark Carney berikutan dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada baru-baru ini dan pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri Kanada.
