BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Jae-myung berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Korea selepas kemenangannya dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
