BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron, kerajaan dan rakyat Republik Perancis bersempena dengan Hari Bastille.
