BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Lee Jae Myung, kerajaan dan rakyat Republik Korea bersempena dengan National Foundation Day negara tersebut.
Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, TYT Frank-Walter Steinmeier dan Canselor Republik Persekutuan Jerman, TYT Friedrich Merz, kerajaan serta rakyat Republik Persekutuan Jerman bersempena dengan Day of German Unity.


