Monday, January 27, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan utus tahniah kepada India, Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Puan Yang Terutama Droupadi Murmu dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi serta kerajaan dan rakyat Republik India bersempena dengan Hari Republik India yang ke-76.

    Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Gabenor-Jeneral Komanwel Australia, PYT Samantha Joy Mostyn AC dan Perdana Menteri Komanwel Australia, TYT Anthony Albanese MP serta kerajaan dan rakyat Australia bersempena dengan Hari Australia.

    Sydney Opera House dihiasi karya seni pada Hari Australia di Sydney pada 26 Januari. – AFP
    Tentera India semasa perarakan sempena Hari Republik India di New Delhi pada 26 Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda