BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Raja Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al Hussein dan semua kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan sempena Hari Kemerdekaan negara tersebut.
