Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Berkenan utus tahniah kepada Kanada, Filipina

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General, Commander-in-Chief Kanada, Puan Yang Terutama Mary Simon dan Perdana Menteri Kanada, Tuan Yang Terutama Justin P J Trudeau dan kerajaan serta rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada.

    Dalam titah perutusan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut menghantar titah perutusan tahniah kepada Majlis Mengangkat Sumpah, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr berikutan dengan Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Presiden Republik Filipina yang ke-17.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...