BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yaacob dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyatnya sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Singapura ke-58 tahun.


