BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lawrence Wong berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Singapura ke-4.


