BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Vo Van Thuong dan Perdana Menteri, TYT Pham Minh Chinh serta kerajaan dan rakyat Republik Sosialis Vietnam bersempena Hari Kebangsaan ke-78 negara tersebut.
