BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam dan Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama To Lam, Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam; Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh; dan juga kerajaan serta rakyat negara itu sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Sosialis Vietnam ke-79 tahun.
