BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar perutusan tahniah dan takziah.
Dalam perutusan tahniah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Perdana Menteri, TYT Li Keqiang serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China sempena ulang tahun ke-71 Pengasasan Republik Rakyat China.
Sementara dalam perutusan takziah, Baginda Sultan berkenan menghantar perutusan takziah kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah, ahli-ahli kerabat diraja dan rakyat Kuwait berikutan kemangkatan His Highness the Amir Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jabar Al-Sabah baru-baru ini.
Baginda seterusnya berkenan menghantar perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berikutan pelantikannya sebagai Amir Kuwait.