BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, kerajaan serta rakyat Republik AS berikutan dengan kejadian nahas pelanggaran kapal terbang American Airlines Flight 5342 dengan helikopter Blackhawk tentera AS yang telah mengorbankan banyak nyawa berdekatan Lapangan Terbang Ronald Reagan Washington, baru-baru ini.