Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Berkhatan: Macam kena gigit semut sahaja

    KOTA KINABALU, 15 DIS – Ferique Keith Aujard yang memasuki ‘alam dewasa’ bersama sahabatnya Mohd Yunus Safaruddin hari ini, menyifatkan berkhatan ibarat digigit semut sahaja walaupun pada awalnya berasa takut.

    Ferique Keith, 10 dan Mohd Yunus, 9, adalah antara 50 anak-anak anggota tentera yang berkhatan dalam program Sunathon Peringkat 5 Divisyen di Kem Lok Kawi di sini.

    “Memang takut sikitlah tetapi berani nak berkhatan, macam kena gigit semut sahaja. Bila ramai-ramai bersunat dengan kawan-kawan rasa seronok pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program itu.

    Mohd Yunus berkata berkhatan beramai-ramai yang menjadi tradisi masyarakat itu adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat dan dia boleh berehat sebelum kembali melakukan aktiviti bersama kawan-kawan setelah sembuh.

    Berkhatan ketika cuti sekolah menjadi tradisi masyarakat Malaysia sejak sekian lama kerana memudahkan proses penyembuhan dan memberikan masa rehat secukupnya buat kanak-kanak yang menjalani aktiviti tersebut.

    Pada program itu, Menteri Pembangunan Masyarakat Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Panglima 5 Divisyen Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab menyempurnakan tradisi bersiram bagi memberi semangat kepada peserta selain meneruskan budaya yang diwarisi. Terdahulu, program kali ketiga diadakan itu dimulakan dengan perarakan peserta program bersama keluarga dari Masjid As salam ke Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi di sini diiringi dengan paluan kompang menghidupkan suasana ketika berkhatan seperti di kampung suatu ketika dahulu.

    Shahelmy ketika ditemui pemberita berkata program kerjasama pejabatnya dan Markas 5 Divisyen itu bagi membantu ibu bapa dalam memudahcara proses berkhatan anak-anak mereka.

    Abdul Rahman berkata selain memudahkan ibu bapa, program ini turut mengurangkan bebanan perbelanjaan proses berkhatan yang dijalankan secara percuma melibatkan petugas kesihatan Angkatan Tentera. Program ini turut melibatkan 15 pegawai serta 31 petugas kesihatan di bawah naungan 5 Divisyen. – Bernama

    Reaksi kanak-kanak ketika dimandikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang merupakan tradisi bersiram sebelum proses berkhatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...