LEIPZIG – Sudah tiga dekad sejak penyatuan semula Jerman, tetapi peminat perkhemahan dari bekas Timur Jerman sering meraikannya dua kali setahun untuk menghidupkan kembali masa lalu dan melupakan zaman- zaman yang telah berubah
Sebahagian besar daripada 150 buah keluarga berhimpun di sebuah tasik di pinggir bandar timur Leipzig, perjumpaan dua tahun itu bukan mengenai kapitalisme atau komunisme di antara Timur atau Barat, tetapi tentang menikmati sedikit nostalgia di antara rakan-rakan yang mengongsikan bersama pengalaman mereka.
Pertemuan musim luruh sebelum ini dibatalkan kerana wabak COVID-19, tetapi sekitar 75 buah keluarga tegar perkhemahan itu membuat penyatuan semula secara persendirian untuk memelihara tradisi yang bermula pada tahun 2003.
Tiba di tasik Auensee seperti melangkah ke mesin masa. Kereta Trabant dan Wartburg, Timur Jerman sudah lama berhenti, berada di tempat letak kereta di tepi treler perkhemahan lama QEK dan Brilliant. Pemiliknya bersiar-siar dan berbual tentang cerita silam.
“Bagi saya, ini adalah ungkapan kegembiraan, ungkapan solidariti, ekspresi tradisi, dan juga rasa terima kasih, kerana apa yang kita miliki di sini dan apa yang kita suka lakukan dan menghabiskan waktu bersama-sama di wilayah ini,” menurut seorang perunding perniagaan Karel, Gerolt, 69 kepada The Associated Press.



Dilahirkan di kota Ostrava pada masa itu sebagai warga Czechoslovakia, Gerolt berpindah ke kota Dresden di Timur Jerman pada tahun 1975.
Dia dan isterinya, Beate, kedua-duanya minat berkhemah, bermula dengan khemah biasa kepada perkhemahan dengan treler Brilliant setelah anak-anak mereka dilahirkan.
Pasangan itu mula berkhemah di Hungary pada tahun 1989 ketika kerajaan Hungary mulai membuka pagar elektrik di sempadan dengan Austria, pembukaan pagar itu yang akhirnya membenarkan orang Timur Jerman melangkah ke Barat.
Berdepan dilema meninggalkan rakan-rakan, anak-anak dan seluruh kehidupan mereka, Gerolt dan isterinya mengambil keputusan tinggal di Timur Jerman dan yakin mereka membuat keputusan yang tepat: Tembok Berlin akhirnya runtuh hanya beberapa bulan kemudian.
“Saya akan mengatakan bahawa saya melakukan semuanya dengan betul,” kata Gerolt. “Cara saya pergi, kita pergi, adalah cara yang tepat. Seseorang selalu belajar.”
Tumpuan Gerolt pada tahun-tahun pertama setelah penyatuan kembali Jerman adalah menyesuaikan diri dengan negara baharu bersama keluarganya dan dia tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan hobi lama.
Tetapi dia akhirnya merasa tenang dan pada tahun 2005 kembali ke jalan dengan khemah ditarik di belakang keretanya, menjadi muka biasa di perhimpunan Auensee.
Peserta baharu perkhemahan Kerstin Ade, 61, merupakan peminat perkhemahan dari bandar Sebnitz.
Dia dan pasangannya membeli treler QEK Aero terpakai pada tahun 2015 dan menikmati nostalgia lawatan ke Auensee. Ade dengan teliti melengkapkan trelernya dengan perabot dan linen asli dari Timur Jerman.
“Bagi saya, ini masih seperti berada di kawasan Timur di sini,” katanya. “Kami harus mengenali dan memahami orang-orang di sini dan kami bertemu dua kali setahun.” Rene Grunert yang berusia 13 tahun ketika Tembok Berlin runtuh.
Penduduk bandar Plauen di negeri Saxony mengatakan berkhemah dua kali setahun pada hujung minggu adalah cara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bekas Timur Jerman.
“Secara keseluruhan, seseorang tidak begitu menyedari sudah tiga puluh tahun berlalu dan anda bertanya pada diri sendiri, “Sudah 30 tahun?” kata Grunert, yang hari ini menjalankan perniagaan berkebun yang berjaya. Itu sangat menarik.” – AP