Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkonvoi pamer semangat kenegaraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sempena Hari Kebangsaan ke-37 Negara Brunei Darussalam, Kelab Motosikal Kinsmen telah bergabung bersama Mad Riders Motorcycle dari Daerah Belait dan Kumpulan Motosikal Skullz of Monarchy untuk menganjurkan Patriotic Ride 2021, kelmarin.

    Kira-kira 230 orang penunggang motosikal dari lebih 27 buah kelab motosikal termasuk Kelab Motosikal Kinsmen, Mad Riders MG, Skullz of Monarchy MG, NThree Riders Association, Penunggang Motosikal Temburong, Kumpulan Brunei Bikers, Black Eagle MC, Bystander MC, KKR Motorrad MC, Bebas Merdeka Bikers MG, Motohead MG, Free Riders MG, Pradian Bikers MG, Wings MG Society, Neutral Group Bikers Riding Club (NGBRC), Mix Riders Club, Freelance Bikers, Pelesit Bikerz, Bikers BN, Crude Bikers, JIG Bikers, Santuy Bikers, Ya’afur Bikers, Generation Legacy Bikers, Bikers 1 & 2, Mingor Squad Tutong, Rojak Bikers dan Flotzilla serta penunggang individu telah mengikuti acara tahunan itu.

    Antara tujuan Patriotic Ride 2021 tersebut adalah untuk memberi peluang kepada penunggang motosikal Brunei menunjukkan semangat kebangsaan serta cinta pada raja dan negara dengan cara mereka tersendiri iaitu dengan mengarak bendera kebangsaan ke seluruh pelusuk negara, melalui keempat-empat daerah.

    Selain itu, ia juga diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama penunggang dan kelab-kelab motosikal serta untuk menggalakkan keselamatan menunggang motosikal secara berkumpulan berskala besar.

    Dengan memasang bendera mini kebangsaan pada motosikal mereka, para peserta berkonvoi ke keempat-empat daerah bermula dari Stadium Negara Hassanal Bolkiah, ke Daerah Temburong, kembali ke Bandar Seri Begawan untuk ke Daerah Tutong dan berakhir di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), Daerah Belait.

    Konvoi dipecahkan kepada empat bahagian untuk keselamatan penunggang-penunggang dan dikepalai oleh Presiden Kinsmen MG, Pengiran Khairil Sapyri bin Pengiran Haji Hassan; Presiden Mad Riders MG, Awang Izzul Hazzwan bin Jamil; Presiden Skullz of Monarchy MG, Awang Mohammad Wazir bin Abdul Razak dan Awang Rudy Herman bin Gidi Zaman dari Kinsmen MG.

    Konvoi sejauh 176.8km itu mengambil masa dua jam 28 minit di mana pengembaraan bermotor para peserta berakhir dengan menikmati jamuan petang dan bertukar-tukar cenderahati serta pengalaman di LLRC sebelum bersurai.

    Peserta bertukar cenderahati pada majlis yang berlangsung di Kelab Rekreasi Liang Lumut, Daerah Belait.
    Peserta konvoi menikmati jamuan petang selepas berakhirnya perjalanan di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda