Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkorban demi kebahagiaan

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa ditulis oleh Wan Nur Najihah telah bersiaran pada 24 Julai lalu di slot Samarinda, TV3.

    Drama baharu hebat ini menampilkan gandingan antara Syukri Yahaya dan juga Emma Maembong. Selain itu, drama ini turut menampilkan Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi.

    Kerana Dia Manusia Biasa diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman.

    Drama ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 10 malam di TV3. Drama ini dijangka akan mempunyai sebanyak 15 buah episod dan pastinya akan menghiburkan anda.

    Selain itu, drama ini turut menampilkan lagu tema yang bertajuk Leraikan dan dinyanyikan oleh Black.

    Mampukan Nurin bertahan dan adakah Tengku Shamil menerima Nurin setelah hatinya dilukai lagi, saksikan kisah seterusnya dalam drama Kerana Dia Manusia Biasa di slot Samarinda di saluran TV3.

    Kronologi ringkas

    Drama ini mengisahkan mengenai Nurin Aira yang terpaksa menanggung fitnah dan cacian orang ramai disebabkan oleh kesilapan orang lain.

    Di usia yang muda, dia telah bertanggungjawab untuk memikul amanah untuk menjaga Alia. Alia dijaga dengan penuh kasih sayang yang tidak ada tandingannya.

    Tengku Shamil Zaquan telah kehilangan isterinya sehingga menghancurkan jiwanya malah apa yang menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut oleh insan yang tidak berperikemanusiaan.

    Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walaupun hati Tengku Shamil tidak mahu menduakan arwah isterinya.

    Nurin Aira pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada terus bergelar anak derhaka. Namun bagi pandangan Tengku Shamil, Nurin hanya perempuan murahan.

    Sehebat mana pun keangkuhan seorang lelaki, akhirnya Tengku shamil tewas pada kuasa cinta.

    Kesabaran Nurin telah berjaya melembutkan hatinya. Namun saat bahagia mula dirasakan, dirinya difitnah lagi menyebabkan rumah tangga mereka bergoncang.

    Mampukan Nurin bertahan dan adakah Tengku Shamil menerima Nurin setelah hatinya dilukai lagi, saksikan kisah seterusnya dalam drama Kerana Dia Manusia Biasa di slot Samarinda di saluran TV3.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda