Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkorban untuk negara

    NEW CLARK CITY,FILIPINA, 29 NOV – Sedih dalam gembira! Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan pada raut wajah Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-30 Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang sedih kerana tidak dapat menghadiri konvokesyen anak lelakinya, Megat Firdauz Putra di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang dijadualkan berlangsung esok.

    Pelajar berusia 22 tahun itu yang sedang mengikuti pengajian di Unitar, meraih anugerah pelajar cemerlang ijazah sarjana muda (kepujian) “Bachelor of Arts Government and Public Policy”.

    “Saya dimaklumkan oleh pejabat universiti bahawa beliau mendapat anugerah pelajar terbaik, dan saya fikir semua anak mestilah hendak lihat bapanya (pada hari konvokesyen), tapi saya dah cuba dapatkan penerbangan balik untuk majlis perasmian (Sukan SEA 2019) pada hari yang sama, tapi nampaknya tak dapat.

    “Inilah pengorbanan saya untuk negara, doa saya bersama dia (Megat Firdauz Putra), tapi saya bangga kerana sebagai anak, beliau faham (tugas saya),” jelas Megat Zulkarnain ketika ditemui pemberita Malaysia selepas hadir pada majlis menaikkan bendera 10 negara ASEAN dan Timor-Leste, yang bertanding pada Sukan SEA 2019, di Perkampungan Sukan Clark, di sini, hari ini.

    Upacara pembukaan Sukan SEA 2019, dijadualkan berlangsung esok di Philippine Arena, Manila, disusuli upacara penutupan di Stadium Olahraga Clark (New Clark City Athletics Stadium) pada 11 Disember ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda