Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkumpul sambut Gawai ubati kerinduan

    PASIR GUDANG, 1 JUN – Bagi mengubat kerinduan menyambut Hari Gawai tanpa keluarga dan sanak saudara yang jauh di kampung halaman, komuniti Dayak di sini berkumpul malam tadi untuk meraikannya sesama mereka. 

    Meskipun disambut secara sederhana, sambutan malam Hari Gawai tidak kurang meriah dengan alunan muzik diiringi tarian ngajat serta pelbagai juadah tradisional disediakan untuk dinikmati bersama.

    Pengerusi Persatuan Dayak Muslim Johor Bahru Mohammad Nicholas Abdullah berkata bagi mengekalkan adat dan tradisi, mereka yang tidak pulang ke kampung di Sarawak berkumpul bagi melakukan persediaan terutamanya juadah tradisional bagi meraikan perayaan itu yang tidak dapat disambut seperti kelaziman dua tahun lepas berikutan pandemik COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda