Thursday, May 15, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlatih pada hari lebaran

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Meski dalam kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, pasukan bola jaring kebangsaan negara tetap mengadakan latihan awal pagi ini di Taman Peranginan Tasek Lama bagi persiapan kejohanan bola jaring yang bakal disertai baik di peringkat serantau dan antarabangsa.

    Perkara itu antara yang didedahkan oleh Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam, Thilaka Jinadusa ketika ditemui apabila ditanya mengenai perkembangan terkini pasukan bola jaring negara yang kini mula berlatih meskipun lebaran baru sahaja memasuki hari kedua tahun ini.

    “Latihan awal pada musim lebaran seperti yang dijalankan tahun-tahun sebelumnya menjadi lumrah dalam kalangan pemain negara, namun jadual pada permulaan ini tidak lama dan lebih cenderung kepada kecergasan pemain,” ujarnya.

    Menurutnya latihan pada musim lebaran ini menjadi cabaran besar kepada pemain selepas sebulan berlatih di bulan Ramadhan, namun beliau yakin latihan dan cabaran ini akan memberikan kelebihan kepada para pemain agar mereka lebih cerdas dan cergas bagi menghadapi mana-mana kejohanan yang bakal disertai tidak lama lagi.

    “Saya sangat menghargai dan cukup berbesar hati dengan komitmen para pemain dan saya sangat memuji kesungguhan mereka dalam latihan dan latihan pada bulan Ramadan yang lalu diharapkan akan memberikan impak positif kepada pasukan,” katanya lagi.

    Thilaka ketika ditemui oleh Media Permata.
    Thilaka ketika ditemui oleh Media Permata.

    Beliau menambah, para pemain turut didedahkan dengan perlawanan persahabatan menentang bekas pemain kebangsaan bagi memastikan momentum dan rentak permainan kekal pada tahap yang optimum dan terbaik.

    Mengulas mengenai para pemain katanya, para pemain perlu berkorban masa untuk menjadi pemain dan atlet yang terbaik dan latihan yang dijalankan merupakan hasil kata putus perbincangan bersama semua pemain dan ia telah menjadi trend semenjak enam tahun sebelum ini untuk mengadakan latihan pada musim cuti.

    “Trend latihan mungkin sahaja berbeza dengan negara lain namun saya sangat gembira dengan keinginan mereka (para pemain) untuk lebih maju dan latihan hari ini dibuat di luar lokasi biasa di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah ekoran cuti awam bagi semua bangunan kerajaan dan ia adalah persekitaran yang berbeza daripada biasa,” ujarnya kepada Media Permata.

    Menjawab soalan mengenai langkah seterusnya, beliau menegaskan pasukan bola jaring negara akan terlibat dengan latihan dan pendedahan antarabangsa di Sri Lanka dan pemain akan terlibat dengan lima perlawanan termasuk satu perlawanan menentang pasukan kebangsaan Sri Lanka dan ia akan menjadi pelengkap kepada penyertaan negara di peringkat serantau pada suku terakhir tahun ini nanti.

    “Saya berharap para pemain akan menggunakan pengalaman dan perancangan yang dilatih sebelum ini terutama selepas pendedahan Singapura sebelum ini dalam aspek strategi dan kebolehan pemain dalam keadaan tekanan perlawanan dan sekali gus mengukuhkan persefahaman para pemain yang terdiri daripada barisan pemain baru dan lama,” katanya lagi.

    Dalam kesempatan itu, Thilaka ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pemain bola jaring negara dan kepada seluruh warganegara di negara ini secara umumnya, di samping menasihatkan supaya pemakanan diambil secara sederhana selain menjaga kesihatan dan kesejahteraan di musim lebaran ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/