Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlepas sertai kem belia antarabangsa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Tiga orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Yogyakarta, Indonesia, hari ini, bagi menyertai Kem Belia Jogja Antarabangsa yang dijadualkan bermula esok.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program tiga hari berkenaan merupakan anjuran UIN Sunan Kalijaga, Indonesia dengan tema New Youth Awareness for an Inclusive Region.

    Ia dihasratkan untuk menjadi platform interaksi utama bagi mahasiswa dan mahasiswi negara-negara ASEAN untuk terlibat dalam usaha ke arah ASEAN yang makmur, adil dan inklusif melalui jaringan kerjasama yang dibina melalui program berkenaan.

    Antara lain pengisian program termasuklah seminar mengenai komuniti ASEAN dan sesi bengkel bagi para peserta dengan tujuan untuk mengenal pasti cabaran dan peluang yang dapat dimanfaatkan ke arah menjadi komuniti ASEAN yang inklusif dan bersatu. Selain daripada seminar dan bengkel, para peserta juga akan berpeluang untuk memberikan khidmat mereka kepada masyarakat setempat di Yogyakarta.

    Selain Negara Brunei Darussalam, program turut disertai oleh wakil daripada National University Singapore, Liverpool University Singapore, International Islamic University Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor, Prince of Songkla University, University of the Philippines Diliman dan universiti-universiti negara tuan rumah, Indonesia.

    UNISSA diwakili oleh tiga orang Ahli Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA 2018/2019 iaitu Awang Ahmad Shafie bin Haji Mohd Adnan, Dayang Nur Zafirah binti Zainal dan Dayang Norsuziyani binti Abdullah.

    Awang Ahmad Shafie, Dayang Nur Zafirah dan Dayang Norsuziyani mewakili UNISSA ke menyertai Kem Belia Jogja Antarabangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda