Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlian bersejarah dilelong AS$9.7 juta

    GENEVA, 2012 – Berlian berusia beberapa abad yang diwarisi turun-temurun keluarga diraja Eropah dijual dengan harga sembilan juta francs Swiss (AS$9.7 juta) pada pelelongan di Geneva.

    Berlian 35 karat ‘Beau Sancy’ itu dipakai oleh Marie de Medici, raja permaisuri Henry IV, pada majlis pertabalannya pada 1610.

    Lima pembida merentasi tiga benua bersaing untuk mendapatkan batu permata bersejarah pada pelelongan Sotheby’s di mana tidak adanya bukti mengenai krisis kewangan global.

    Seorang pembida tanpa nama yang membida menerusi telefon membeli batu permata itu, diletakkan di pasaran oleh House of Persia dan digambarkan oleh Sotheby’s sebagai salah satu batu permata ‘pa-ling mempesonakan dan romantik’ pernah dilelong.

    Pembeli membayar 9,042,500 francs Swiss termasuk premium pembeli untuk berlian berbentuk pir – lebih dua kali ganda daripada AS$2 juta hingga AS$4 juta yang dianggarkan.

    “Anda sedang membeli kerja seni bersejarah – anda bukan membeli berlian,” kata Philipp Herzog von Wuerttenberg, pengerusi Sotheby’s Eropah, selepas jualan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda