ABU DHABI, 9 APRIL – Sebutir berlian biru yang unik telah dipamerkan kelmarin pada satu pameran berlian paling unik di dunia bernilai AS$100 juta di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Abu Dhabi.
Lapan butir berlian yang dipamerkan dalam pameran anjuran Sotheby’s itu mempunyai berat melebihi 700 karat. Koleksi tersebut merangkumi berlian berwarna merah, kuning, merah jambu dan tanpa warna.
Berlian biru seberat 10 karat dari Afrika Selatan itu telah mencuri tumpuan pengunjung apabila dipamerkan di Abu Dhabi baru-baru ini.
Batu permata itu dianggap antara berlian biru terpenting yang pernah ditemui dan dijangka akan dilelong pada harga AS$20 juta dalam satu acara lelongan anjuran Sotheby’s pada bulan Mei.
Ketua bahagian permata Sotheby’s, Quig Bruning berkata Abu Dhabi dipilih sebagai lokasi pameran kerana minat tinggi rakyat di rantau Teluk itu terhadap batu permata tersebut.
“Kami berasa optimistik dengan potensi di rantau ini,” katanya.
“Kami percaya ia merupakan tempat di mana awda mempunyai peniaga dan pengumpul berlian yang amat penting dan unik serta bernilai tinggi ini.” – AP
