GENEVA, 26 SEPT – The Fortune Pink, batu permata gergasi yang sangat jarang ditemui, akan dilelong di Geneva pada November dan nilainya dijangka mencecah kira-kira AS$35 juta, kata juru lelong hari ini.
Permata berwarna terang lebih 18 karat itu merupakan berlian merah jambu berbentuk pir terbesar yang pernah ditawarkan untuk dilelong, menurut rumah lelong Christie’s.
Berlian tersebut yang buat pertama kalinya akan dilelong pada 8 November, dianggarkan bernilai antara AS$25 juta hingga AS$35 juta.
Batu permatanya telah dipasang pada cincin yang diapit oleh berlian putih besar di kedua-dua sisi, mempunyai berat 18.18 karat.
Christie’s menekankan angka itu dianggap sebagai nombor bertuah di Asia, di mana ia menandakan ‘kemakmuran pasti’, mengatakan ia menjangkakan berlian itu ‘menarik minat pengumpul di seluruh dunia’.
“Dengan angka berat 18.18 karat yang bertuah… berat sebenarnya membawa tuah kepada pemilik baharu,” kata Angela Berden, pakar barang kemas kanan Christie memberitahu AFP.
“Ia adalah batu yang cantik, sangat jarang menemukan berlian merah jambu yang terang, sebesar saiz ini,” katanya. – AFP
