Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlian putih 160 karat ditemui

    LUANDA, 2 SEPT – Berlian putih 160 karat jenis Ila (iaitu berlian paling tulen secara kimia) ditemui di Angola, menurut Lucapa Diamond Company dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

    Syarikat itu memaklumkan berlian 160 karat itu merupakan berlian keenam terbesar ditemui setakat ini dan berlian ke-28 melebihi 100 karat yang pernah dijumpai di lombong aluvium Lulo di Angola, lapor Xinhua.

    Lulo merupakan konsesi seluas 3,000 kilometer (km) persegi di kawasan perlombongan berlian Lunda Norte di Angola, kira-kira 630 km dari timur Luanda.

    Lucapa dan rakan kongsinya sejak beberapa dekad yang lalu berjaya membuktikan Lulo memiliki sumber berlian aluvium yang paling prolifik di dunia.

    Syarikat itu turut menemui berlian merah jambu 170 karat yang jarang ditemui pada Julai lalu dan dipercayai yang terbesar pernah ditemui sejak 300 tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda