Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlin gesa kerajaan UK kurangkan jumlah kemasukan peminat

    BERLIN, 29 JUN – Menteri Dalam Negeri Jerman, Horst Seehofer hari ini menyeru kerajaan Britain untuk mengurangkan jumlah peminat yang dibenarkan memasuki stadium Wembley untuk perlawanan akhir Euro 2020, ketika kebimbangan mengenai penularan varian Delta.

    “Saya merasakan ia tidak bertanggungjawab untuk puluhan ribu peminat berhimpun dalam jarak yang dekat” di negara-negara yang mempunyai ‘kadar jangkitan tinggi’ varian Delta menular, Seehofer memberitahu akhbar Jerman, Augsburger Allgemeine.

    Rayuan dibuat beberapa jam sebelum pertemuan kelompok 16 terakhir antara England dan Jerman di stadium Wembley di London.

    UEFA dan pihak berkuasa Britain berkata bahawa kira-kira 45,000 orang peminat akan dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan, bersamaan dengan 50 peratus kapasiti.

    Kehadiran akan ditingkatkan kepada 75 peratus kapasiti, atau lebih daripada 60,000 orang, untuk aksi perlawanan separuh akhir dan final di Wembley, di mana ia akan menjadi perhimpunan terbesar dalam acara sukan di Britain sejak bermulanya pandemik.

    Di Jerman, stadium Bayern Munich, Allianz Arena menjadi tuan rumah bagi beberapa perlawanan Euro 2020, dengan had kapasiti ditetapkan paling ketat sebanyak 20 peratus – atau kira-kira 14,000 penonton. – AFP

    Gambar fail aksi perlawanan antara pasukan Itali menentang Austria di stadium Wembley, baru-baru ini. Horst Seehofer menyeru untuk mengurangkan jumlah peminat memasuki stadium Wembley untuk perlawanan Euro 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda