BERLIN – Sebuah keluarga yang terkenal sebagai pembuat pastri, Sakkas pernah satu ketika dahulu gemilang dan terkenal di Homs dengan hidangan pastri mereka yang sungguh enak dan menyelerakan namun kegemilangan itu musnah disebabkan oleh konflik yang tercetus di negara asal mereka, Syria. Kini, setelah menjalani satu pengembaraan yang panjang, keluarga ini telah berjaya membuka sebuah kedai pastri dan beroperasi di sebuah bandar raya ‘gigi manis’ Berlin dan kedai itu dinamakan sebagai ‘Damaskus Konditorei’.
Setelah menempuh satu pengalaman yang duka malah ditambah lagi dengan peristiwa ngeri, keluarga tersebut merasa terbuang dan menggembara jauh ke Jerman namun akhirnya berjaya merubah kehidupan mereka di Berlin dan membuka kedai pastri sendiri di benua yang baru. “Walaupun pada mulanya, ia sangat sukar dan mencabar untuk mencari pekerjaan di Berlin, namun kami tetap terus berusaha dan mencuba,” kara Tamen iaitu adik bongsu kepada tiga orang adik-beradik lelaki kepada wartawan AFP. Selepas empat tahun meninggalkan tanah air, Homs iaitu bandar raya ketiga terbesar di Syria telah menjadi taklukan para pemberontak semenjak konflik berlaku pada tahun 2011.
Terbelenggu dengan ancaman yang teruk dari para tentera malah bandar raya itu teruk diancam perkelahian dan peperangan membuatkan para penduduk membuat keputusan untuk meninggalkan bandar raya itu dan meraih keamanan dan ketenteraman di luar negara. Keluarga tersebut yang mengandungi 16 orang ahli pada mulanya terbang ke Lubnan kemudian ke Mesir dan selepas dua tahun di Mesir, keluarga tersebut membuat keputusan untuk meraih tempat di Berlin untuk mencari satu permulaan kehidupan baru. Dianggarkan sekitar 600,000 penduduk Syria telah menjadikan Jerman sebagai kediaman baru mereka.
Mahir dalam satu pekerjaan tangan
Sepanjang perjalanan mereka untuk sampai ke Berlin, apa yang mereka bawa hanyalah satu kepakaran yang telah diturunkan daripada ayah mereka, Suleiman yang berusia 83 tahun dan telah menubuhkan Kedai Pastri di Homs dan beroperasi selama 40 tahun yang lalu dan kini telah musnah disebabkan oleh konflik di Syria. Kebanyakan kek-kek manis diletakkan di dalam almari kaca dan disusun dengan begitu cermat dan sempurna serta membentuk seperti satu piramid. Selain itu kek-kek ini dihiasi dengan daun-daun bunga mawar dan pistasio bagi menampakkan satu hiasan pastri yang begitu menyelerakan.



Haruman aroma perasa oren semerbak dan lapisan kacang almond mengisi setiap ruang kedai. Apa yang pasti setiap pelanggan yang datang ke kedai itu akan terpesona dengan satu ciptaan kek pastri sarang burung yang dipanggil sebagai Esh Al-Bulbul dan satu lagi pastri yang berupaya menarik perhatian orang ramai, Maamoul iaitu sekeping roti yang dikelilingi dengan buah kurma, pistasio dan walnat. Sebelum dikenali sebagai medan peperangan dan konflik yang tidak henti-henti, Syria yang terletak di Timur Tengah sebenarnya dikenali sebagai ‘Refinement of its Sweets’.
“Perkara ini disebabkan oleh kualiti mentah yang terdapat di Syria sangat berkualiti dan sangat sedap seperti Aleppo pistasio dan sebenarnya, nenek moyang kami mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja tangan sehinggalah mahir dalam membuat pastri malah sebenarnya mereka mempunyai rahsia yang tersendiri untuk menjadikan pastri itu lebih enak dan sedap,” kata pembuat pastri keturunan Syria dari Perancis, Myriam Sabet kepada wartawan AFP. Myriam merupakan salah seorang pengasas perusahaan pastri terkenal di Perancis iaitu The Maison Alpeh Pastisserie di Paris.
Di Syria, terdapat beberapa buah bandar raya dan sekarang sedang bergelut dengan peperangan dan konflik yang dingin. Perkara ini telah mencetuskan satu kesan yang teruk terhadap kehilangan ‘kepakaran’ yang sememangnya ada di setiap bandar raya dan ini mencetuskan satu kesedihan dan kerugian besar buat penduduk-penduduk Syria. Salah satu seperti di Damascus, terkenal dengan barazek madu pistasio dan biskut sesame manakala di Aleppo pula terkenal dengan nougat dan almond yang asli. Homs dan Hama pula terkenal disebabkan roti golong berkeju yang dikenali sebagai Halawet el-Jibn. “Pada mulanya, abang saya pernah berkata untuk tidak membuat pastri ini kerana kebanyakan penduduk Jerman tidak menyukai makanan yang terlalu manis namun sebenarnya anggapan abang saya itu salah malah kebanyakan penduduk Jerman sangat gemar dengan makanan yang manis,” kata Tamem lagi kepada wartawan AFP.



Muzik, bahasa dan juga pastri
Semasa kunjungan wartawan baru-baru ini mendapati kebanyakan pelanggan terdiri daripada penduduk-penduduk Syria yang sangat rindukan masakan dan hidangan Syria dan salah satunya ialah pastri keju yang dipanggil sebagai Knafeh dan dibaluti dengan sirup manis pelbagai perasa. Bagi sesetengah penduduk Syria, memakan hidangan ini sebenarnya mengingatkan kembali negara mereka dan memori yang indah di negara seperti bunyi-bunyian muzik dan bahasa yang sering kali didengar serta pelbagai bentuk hidangan pastry, memang satu fenomena indah untuk dikenang,” kata Sabet, salah seorang pelanggan kedai tersebut kepada wartawan AFP sambil tersenyum.
Manakala bagi penduduk Jerman, memasuki kedai itu merupakan satu langkah yang baru bagi mereka untuk mencuba hidangan pastri yang dibuat oleh cef pastri Syria dan kebanyakannya berpuas hati. “Apabila mereka memasuki kedai saya ini, kebanyakan mereka hanya melihat dan memerhati serta kadang-kadang merasa takut namun kebanyakan mereka menyukai pastri Baklava iaitu sejenis pastri yang disaluti dengan kacang dan sirup madu,” kata Tamem sambil tersenyum kepada wartawan AFP.
“Sekarang ini, kami berusaha untuk mendapatkan pelbagai jenis kacang dari Turki dan keju dari Itali. Di Homs, kami telah mengaji sekitar 40 pekerja dan menghidangkan pelbagai jenis pastri untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Kedai kami di Homs sangat besar dan luas,” tambah Tamem mengimbas kembali kedai pastri mereka yang sudah musnah di Syria.
Dikenali sebagai sebuah kedai sederhana yang menjual hidangan pastri Syria, Damaskus Konditorei terletak di sebuah lorong di Berlin dan lorong itu dinamakan sebagai ‘Arab Street’. Kedai ini selain menjual pelbagai jenis pastri, ia turut menjual pelbagai jenis rempah ratus, minyak wangi dan bermacam-macam lagi produk berasaskan Syria. Kini, keluarga Sarkas telah mula menerima Berlin sebagai bandar raya kediaman baru mereka dan Syria sebagai satu memori indah dalam kehidupan mereka. – AFP