KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memperkukuh kedudukannya sebagai sumber berita dipercayai di tengah-tengah fenomena penyebaran berita palsu yang berleluasa dalam media sosial, kata Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh. Beliau berkata sejak beroperasi 50 tahun dahulu, Bernama sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatannya supaya agensi berita ini kekal unggul sebagai sumber