Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bernama-SPA setuju tingkat kerjasama

    PUTRAJAYA, Feb 27 – Pertubu-han Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) hari ini bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pertukaran berita bagi membantu mengukuhkan persefahaman antara rakyat dan kerajaan kedua-dua negara.

    Justeru, kedua-dua agensi berita nasional itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan memperluaskan skop liputan berita tanpa perlu membuka pejabat biro atau menempatkan pewarta di negara masing-masing.

    MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Presiden SPA Abdullah bin Fahd Al Hussein.

    Majlis itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Seri Perdana di sini sempena lawatan rasmi sulung baginda ke negara ini. Raja Salman yang menaiki takhta pada 23 Jan 2015, mengadakan lawatan negara empat hari di Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Bernama, dalam kenyataan media, berkata perjanjian itu akan menjadi platform untuk agensi berkenaan menerima dan menyebarkan pelbagai maklumat mengenai perkara yang yang berlaku di Arab Saudi dan dunia Islam lain.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud (duduk, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) di Seri Perdana kelmarin. – Bernama
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud (duduk, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) di Seri Perdana kelmarin. – Bernama

    “Bagi Bernama dan Malaysia amnya, berita-berita dari Arab Saudi dan dunia Arab amat dinanti-nantikan apabila ribuan umat Islam dari Malaysia mengerjakan ibadat haji dan umrah setiap tahun di Tanah Suci sebelum berkunjung ke negara-negara Arab yang lain,” katanya.

    Umat Islam di Malaysia melihat Arab Saudi, yang menempatkan dua kota paling suci dalam Islam, sebagai negara penting untuk mereka.

    “Biasiswa agama, fatwa dan perkara berkaitan Islam di negara ini terletak di wilayah yang dianggap sebagai pusat kelahiran Islam dan amat relevan kepada Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda