ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
NOVEL Words on Bathroom Walls karya Julia Walton adalah sebuah novel yang setentunya akan menarik minat pembaca yang meminati novel-novel seperti More Happy Than Not, The Perks of Being a Wallflower dan It’s Kind of a Funny Story, yang menampilkan seorang watak protagonis yang menghidap penyakit schizophernia di dalam novel debut yang lucu ini.
Adam telah disahkan menghidap shcizophernia, di mana dia melihat dan mendengar orang-orang yang sebenarnya tidak wujud di dunia nyata, Rebecca seorang gadis cantik yang memahami dirinya, seorang ketua samseng yang sering membulinya dan Jason seorang lelaki bogel yang sangat bersopan santun. Kerana kondisi yang dihidapinya itu Adam tidak dapat membezakan di antara yang nyata dan jua khayalan.
Namun masih ada harapan buat dirinya, apabila dia berpindah sekolah Adam telah mengambil bahagian untuk mencuba sejenis ubat terbaru yang akan membuatkannya pulih daripada khayalannya.
Dengan keadaan yang semakin pulih, kehidupan Adam mula menjalani kehidupan seperti orang-orang normal yang lain termasuk jatuh cinta. Apabila dia bertemu dengan Maya, seorang gadis yang pintar, Adam berusaha sekuat hati untuk menampilkan dirinya sebaik mungkin di hadapan gadis pujaannya itu.
Akan tetapi keajaiban ubat tersebut mulai menghilang, dan Adam sanggup membuat apa sahaja demi menyembunyikan penyakitnya itu daripada diketahui oleh Maya.