Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berpeluang pamer seni lukis di China

    WINDHOEK – Davido Indongo, artis Namibia bersedia untuk membawa seni artistiknya ke pameran peringkat dunia di China untuk kali pertama.

    Koleksinya yang bertajuk ‘Light in the Face of the Impossible’ akan menjadi debut antarabangsa pada hujung bulan Ogos hingga 2 September di Seni Dwitahunan Antarabangsa Beijing, China. Karya seni Indongo adalah daripada fotografi, videografi dan seni visual, gabungan antara media seni dan gaya pointilism, meneroka mengenai isu-isu sosial kontemporari selama bertahun-tahun.

    “Dengan gaya seni, saya mengambil pesanan penduduk tempatan kepada dunia,” katanya. Salah satu lukisannya, yang akan dipamerkan di Beijing merupakan sebuah ilustrasi wanita muda yang belajar pada waktu malam tanpa cahaya elektrik. Menurut Indongo, lukisan tersebut menunjukkan kesusahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah setiap hari di bandar-bandar dan kebanyakannya di luar bandar Namibia.

    “Bahan-bahan yang digunakan untuk melukis latar belakang adalah cat akrilik pada kanvas,” katanya lagi. Impiannya telah menjadi kenyataan apabila hasil kerjanya dipamerkan di pentas antarabangsa, di mana semangatnya dalam melukis seni kreatif sejak di usianya remaja.

    “Saya kagum dan bangga untuk mempamerkan hasil seni saya di pentas antarabangsa di China di mana saya boleh berhubung dan mendapat ilham daripada artis-artis lain,” kata Indongo.

    Windhoek, ibu kota Namibia. – Agensi

    Pentas itu kan menjadi sebuah tempat untuk menubuhkan kenalan dengan kurator-kurator yang akan membantu meningkatkan lagi kemahirannya dan perdagangan dalam golongan seni.

    Perjalanan beliau sebagai artis bermula ketika beliau masih dalam pendidikan peringkat menengah di Sekolah Tinggi Dawid Bezuidenhout, di ibu kota Namibia, Windhoek, dan menyambung pelajarannya ke kolej Seni pada tahun 2014 dengan matlamat untuk menggabungkan seni dengan pedagogi.

    “Dengan menggabungkan seni dan akademik akan memahirkan saya untuk mengkaji dan membentangkan isu-isu sosial dalam kerja visual saya dan menyampaikan kemahiran-kemahiran tersebut kepada orang lain,” tambahnya lagi. Gretta Gaspar, pentadbir di Majlis Seni Kebangsaan Namibia di bawah Kementerian Pendidikan, Seni dan Kebudayaan mengatakan bahawa Majlis tersebut telah membiayai Indongo dan artis lain, Fillow Nghipandulwa untuk berlepas ke China sebagai sebahagian daripada objektif untuk menyediakan sokongan kewangan yang berkaitan dengan seni kepada setiap individu sebagai usaha dalam membina sebuah industri yang kreatif.

    Indongo berharap pameran tersebut akan menjadi pintu kepada peluang-peluang yang lebih banyak untuknya.

    Selain daripada itu, untuk pertama kalinya ke China, beliau juga berharap untuk meneroka seni China, melihat pemandangan dan bekerjasama dengan artis-artis lain.

    “Saya berharap dapat melawat ke Tembok Besar China dan melibatkan diri dalam masakan China,” katanya lagi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda