Penulis tempatan Hajah Nur Hamizah binti Haji Samihon atau dikenali sebagai Izzah Insyirah telah dijemput oleh Bahagian Inggeris Pusat Tingkatan Enam Tutong sebagai speaker untuk memberikan taklimat kepada para guru dan pelajar yang berminat.
Tujuan untuk taklimat ini adalah supaya para peserta dapat menerima ilmu di sebalik proses sebelum penerbitan sebuah buku.
Antara yang hadir pada taklimat itu adalah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Mohd Shahnofazli bin Haji Sabli.
Takimat tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Bahagian Inggeris, Hajah Zulyana binti Haji Yakub.
Lebih menarik lagi, Hajah Nur Hamizah telah memenangi anugerah berprestij dan menerima anugerah buku jualan yang terlaris dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dalam Kategori Kesusasteraan pada tahun 2016 serta anugerah penulis muda novelis MASTERA 2017 di Jakarta, Indonesia.
Dengan tajuk Writer: To be or not to be? Hajah Nur Hamizah menyentuh tentang proses penerbitan dan tip-tip untuk memberikan idea-idea yang menarik dalam penulisan sebuah buku.
Para guru dan pelajar mendapat kesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik semasa taklimat tersebut seperti membaca buku dengan penuh perasaan dan sebagainya.
Taklimat beliau sememangnya sangat menghiburkan bagi para peserta dan memberikan idea kepada mereka dalam dunia penulisan kreatif dan proses penerbitan buku.
Taklimat diakhiri dengan hadiah penghargaan oleh Awang Mohd Shahnofazli kepada Hajah Nur Hamizah.

