Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Para penuntut Sekolah Menengah Rimba II, hari ini, berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat roti oleh Cef Dianti Martini dari Hotel Radisson yang diadakan di sekolah berkenaan.
Di samping menyaksikan demonstrasi, para penuntut dan guru-guru pengawas telah berpeluang untuk mencuba biskut lazat dan rangup di mana kelihatan terukir senyuman di setiap wajah mereka sambil berbual-bual ketika mereka menikmati makanan berkenaan.
Pengurus Besar Hotel Radisson, Jerome van Helden menyatakan bahawa jemputan daripada sekolah berkenaan bagi mempertunjukkan produk hotel mereka merupakan satu penghormatan dan ia menunjukkan bahawa produk Hotel Radisson dan moto perkhidmatan hotel ‘Yes I Can!’ sedang bergema bersama tetamu mereka dan industri berkenaan.
Selain sebagai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, ia diharapkan agar akan dapat membantu menggalakkan minat para penuntut untuk membuat roti dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka.
