Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berperahu ke sekolah jadi rutin pelajar ketika banjir

    GUA MUSANG, 11 DIS – Menaiki perahu mengharung banjir untuk ke sekolah sudah menjadi lumrah kepada sebahagian pelajar yang tinggal di Kampung Limau Kasturi di sini setiap kali kawasan berkenaan dinaiki air.

    Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, Nur Fatin Hanina Muhd Naim, 17, berkata rutin musim tengkujuh itu perlu ditempuhinya untuk beberapa hari bergantung kepada keadaan cuaca dan paras banjir di tempat tinggalnya. 

    Remaja itu berkata keluarganya memiliki sebuah perahu sebagai ‘kenderaan simpanan’ untuk digunakan sekiranya laluan ke Kampung Limau Kasturi terputus ditenggelami air.

    “Setiap tahun beginilah rutin saya dan adik Nur Azwa Shafrina, 16. Kami akan menaiki perahu yang didayung ayah merentasi banjir sebelum menumpang kereta saudara yang diparkir di kawasan lebih tinggi di seberang sungai,” katanya ketika ditemui pemberita bersama keluarganya yang sedang menaiki perahu untuk pulang ke rumah di sini semalam.

    Nur Fatin Hanina yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata dia memilih berulang-alik ke sekolah yang terletak kira-kira 30 kilometer kerana lebih selesa belajar di rumah, selain dapat mengakses lebih banyak bahan pembelajaran secara dalam talian. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda