KAHERAH, 1 JUN – Sekurang-kurangnya 60 anak damit dan kanak-kanak terkorban sejak enam minggu lalu ketika terperangkap dalam keadaan yang mengerikan di sebuah rumah anak yatim di ibu negara Sudan ketika pertempuran berlaku di luar.
Kebanyakannya mati akibat kekurangan makanan dan demam. 26 meninggal dunia dalam dua hari pada hujung minggu.
Tahap penderitaan kanak-kanak itu muncul daripada temu bual dengan lebih daripada sedozen doktor, sukarelawan, pegawai kesihatan dan pekerja di rumah anak yatim Al-Mayqoma. – AP
